I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 16 June 2011

INGATAN UNTUK 'BLOGGER'

Datuk Seri Menteri Penerangan kita sudah memberi ingatan kepada pemilik blog dalam negara ini agar sentiasa mematuhi garis panduan sebagai 'blogger'. Jika terdapat penyalahgunaan blog terutamanya untuk dijadikan platform membidas dan menjatuhkan pihak lain, tindakan undang-undang bakal menanti anda 'blogger' sekelian.
Janganlah kita menjadikan kemudahan blog itu sebagai senjata untuk memusnahkan pihak lain. Gunalah kemudahan ini secara berhemah dan semua mendapat manfaat dari blog yang kita usahakan.

Wednesday 15 June 2011

RASUAH BOLASEPAK LAGI

Lagi-lagi rasuah bolasepak.Seorang lelaki warga Singapura didakwa memberi rasuah kepada salah seorang pemain bolasepak pasukan Piala Presiden T Team baru-baru ini. Nilaian rasuah dipercayai berjumlah RM23,000. Inilah masalah dan gejala yang masih tetap menular di dalam sanubari pemain-pemain bolasepak masakini. Sifat sebeginilah yang akhirnya merugikan perkembangan dan kemajuan bolasepak negara.

Tuesday 7 June 2011

SISTEM BIOMETRIK KAWAL KEMASUKAN PENDATANG.

Kerajaan telah mempraktikkan sistem biometrik bermula 1 Jun dalam mengawalselia kemasukan pendatang ke negara ini.
Teknologi biometrik ini akan mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari. Maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah selain penggunaan passpot dan visa.
Diharapkan ianya dapat membendung kemasukan secara haram pendatang-pendatang ini.

DAPAT BIASISWA TAPI ENGGAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Sebagai warganegara sedih juga mendengarnya. Menurut sumber, dalam tempoh 10 tahun lalu seramai 500 pelajar di luar negara yang mendapat biasiswa JPA enggan pulang berkhidmat di negara sendiri, dengan terus bekerja di luar negara. Paling ramai ialah pelajar perubatan, diikuti kejuruteraan dan lain-lain. Persoalannya, kenapakah berlaku situasi sedemikian?
Mereka yang sebegini tidak harus ditanggung pembelajarannya oleh kerajaan Malaysia. Pun begitu, mungkin juga peluang yang tersedia di Malaysia tidak sehebat di luar negara sana. Fikir-fikirkanlah.

Monday 6 June 2011

500 BIASISWA BAKAL DITAWARKAN.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan bumiputera.

Katanya, keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon-pemohon 8A yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Manakala pemohon bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperolehi 6A dan 5A akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka.

KAWAL SELIA MAKANAN YANG KETAT OLEH KERAJAAN.

Malaysia mempunyai sistem yang dinamakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FOSIM)bagi mengawal selia kemasukan makanan-makanan dan minuman dari luar negara. Ianya akan melalui kualiti pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas. Sekiranya didapati makanan atau minuman itu tercemar atau tidak selamat untuk pasaran, ianya akan dikembalikan dan dilupuskan di negara asal, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Baguslah kerana ianya sangat menuntut kepada keselamatan untuk pengguna di negara kita. Kita sesungguhnya sangat bergantung kepada keberkesanan sistem tersebut demi memastikan seluruh pengguna terlindung dari makanan yang memudaratkan.

Sunday 5 June 2011

BAYARLAH PINJAMAN TU...

Semua peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) diingatkan agar membayar balik pinjaman kerana ramai rakyat memerlukan dana tersebut. Janganlah menjadi rakyat yang umpama 'kacang lupakan kulit'. Sudah diberi kemudahan dana untuk berniaga dan berjaya, maka balaslah semula pertolongan yang telah diberikan itu. Jadilah golongan rakyat yang bertanggungjawab, berdisiplin dan bersyukur.

KURSUS PENYALAHGUNAAN INTERNET

SKMM akan menyediakan kursus bagi menangani masalah dan gejala penyalahgunaan internet dan laman sosial seperti Facebook. Bagus juga kerana sekarang ini terlalu banyak kes-kes penyebaran fitnah dan berita palsu, di dalam dunia tanpa sempadan ini.

Justeru, hanya etika dari didikan yang sewajarnya sahajalah yang dapat dilakukan agar kes-kes sebegini dapat dibendung.

Oleh itu, penerima netbook 1Malaysia sumbangan kerajaan akan diberi kursus bagi mendedahkan mereka mengenai bahaya penyalahgunaan Internet yang boleh menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat.

Wednesday 1 June 2011

ATM-TENTERA USA ERAT HUBUNGAN

Hubungan antara tentera Amerika dan Malaysia ketika ini amat teguh dan ia akan terus dikukuhkan lagi, kata Komander Armada Pasifik Tentera Laut Amerika Laksamana Robert F. Willlard.

Willard yang berada di sini untuk Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-25 berkata, sepanjang tempoh beliau berada di sini, beliau telah berbincang mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, dengan panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Diharap hubungan ini akan banyak memberi peluang kepada ATM dalam mencontohi kemajuan dan kecanggihan tentera USA.

DISKAUN 10 SEN...?

Sebelas buah restoran di sekitar Kuantan dan Pekan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen “Kurang Gula, Kurang Belanja” bagi mengajak dan mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.

Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Mei lepas itu, dijangka disertai lebih banyak lagi restoran di seluruh Pahang.

Menerusi program ini, pelanggan yang memesan minuman dan meminta dikurangkan gula dalam minumannya akan mendapat diskaun 10 sen dari restoran terbabit.

Bagus juga jika ianya dipraktikkan ke seluruh negara di setiap premis makan minum.