I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 2 July 2011

RUMAH SEMBELIHAN HALAL DI SETIAP NEGERI

Majlis Agama Islam di setiap negeri disaran agar mewujudkan rumah sembelihan untuk memastikan masyarakat Islam dapat merasa yakin dengan hasil sembelihan yang dilakukan.
Begitulah yang patut disarankan sejak dulu sebenarnya. Majoriti penduduk adalah beragama Islam, permintaan daging halal dan segar sangat tinggi. Semoga ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin demi kepentingan umat kita.

Thursday 16 June 2011

INGATAN UNTUK 'BLOGGER'

Datuk Seri Menteri Penerangan kita sudah memberi ingatan kepada pemilik blog dalam negara ini agar sentiasa mematuhi garis panduan sebagai 'blogger'. Jika terdapat penyalahgunaan blog terutamanya untuk dijadikan platform membidas dan menjatuhkan pihak lain, tindakan undang-undang bakal menanti anda 'blogger' sekelian.
Janganlah kita menjadikan kemudahan blog itu sebagai senjata untuk memusnahkan pihak lain. Gunalah kemudahan ini secara berhemah dan semua mendapat manfaat dari blog yang kita usahakan.

Wednesday 15 June 2011

RASUAH BOLASEPAK LAGI

Lagi-lagi rasuah bolasepak.Seorang lelaki warga Singapura didakwa memberi rasuah kepada salah seorang pemain bolasepak pasukan Piala Presiden T Team baru-baru ini. Nilaian rasuah dipercayai berjumlah RM23,000. Inilah masalah dan gejala yang masih tetap menular di dalam sanubari pemain-pemain bolasepak masakini. Sifat sebeginilah yang akhirnya merugikan perkembangan dan kemajuan bolasepak negara.

Tuesday 7 June 2011

SISTEM BIOMETRIK KAWAL KEMASUKAN PENDATANG.

Kerajaan telah mempraktikkan sistem biometrik bermula 1 Jun dalam mengawalselia kemasukan pendatang ke negara ini.
Teknologi biometrik ini akan mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari. Maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah selain penggunaan passpot dan visa.
Diharapkan ianya dapat membendung kemasukan secara haram pendatang-pendatang ini.

DAPAT BIASISWA TAPI ENGGAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Sebagai warganegara sedih juga mendengarnya. Menurut sumber, dalam tempoh 10 tahun lalu seramai 500 pelajar di luar negara yang mendapat biasiswa JPA enggan pulang berkhidmat di negara sendiri, dengan terus bekerja di luar negara. Paling ramai ialah pelajar perubatan, diikuti kejuruteraan dan lain-lain. Persoalannya, kenapakah berlaku situasi sedemikian?
Mereka yang sebegini tidak harus ditanggung pembelajarannya oleh kerajaan Malaysia. Pun begitu, mungkin juga peluang yang tersedia di Malaysia tidak sehebat di luar negara sana. Fikir-fikirkanlah.

Monday 6 June 2011

500 BIASISWA BAKAL DITAWARKAN.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan bumiputera.

Katanya, keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon-pemohon 8A yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Manakala pemohon bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperolehi 6A dan 5A akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka.

KAWAL SELIA MAKANAN YANG KETAT OLEH KERAJAAN.

Malaysia mempunyai sistem yang dinamakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FOSIM)bagi mengawal selia kemasukan makanan-makanan dan minuman dari luar negara. Ianya akan melalui kualiti pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas. Sekiranya didapati makanan atau minuman itu tercemar atau tidak selamat untuk pasaran, ianya akan dikembalikan dan dilupuskan di negara asal, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Baguslah kerana ianya sangat menuntut kepada keselamatan untuk pengguna di negara kita. Kita sesungguhnya sangat bergantung kepada keberkesanan sistem tersebut demi memastikan seluruh pengguna terlindung dari makanan yang memudaratkan.

Sunday 5 June 2011

BAYARLAH PINJAMAN TU...

Semua peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) diingatkan agar membayar balik pinjaman kerana ramai rakyat memerlukan dana tersebut. Janganlah menjadi rakyat yang umpama 'kacang lupakan kulit'. Sudah diberi kemudahan dana untuk berniaga dan berjaya, maka balaslah semula pertolongan yang telah diberikan itu. Jadilah golongan rakyat yang bertanggungjawab, berdisiplin dan bersyukur.

KURSUS PENYALAHGUNAAN INTERNET

SKMM akan menyediakan kursus bagi menangani masalah dan gejala penyalahgunaan internet dan laman sosial seperti Facebook. Bagus juga kerana sekarang ini terlalu banyak kes-kes penyebaran fitnah dan berita palsu, di dalam dunia tanpa sempadan ini.

Justeru, hanya etika dari didikan yang sewajarnya sahajalah yang dapat dilakukan agar kes-kes sebegini dapat dibendung.

Oleh itu, penerima netbook 1Malaysia sumbangan kerajaan akan diberi kursus bagi mendedahkan mereka mengenai bahaya penyalahgunaan Internet yang boleh menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat.

Wednesday 1 June 2011

ATM-TENTERA USA ERAT HUBUNGAN

Hubungan antara tentera Amerika dan Malaysia ketika ini amat teguh dan ia akan terus dikukuhkan lagi, kata Komander Armada Pasifik Tentera Laut Amerika Laksamana Robert F. Willlard.

Willard yang berada di sini untuk Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-25 berkata, sepanjang tempoh beliau berada di sini, beliau telah berbincang mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, dengan panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Diharap hubungan ini akan banyak memberi peluang kepada ATM dalam mencontohi kemajuan dan kecanggihan tentera USA.

DISKAUN 10 SEN...?

Sebelas buah restoran di sekitar Kuantan dan Pekan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen “Kurang Gula, Kurang Belanja” bagi mengajak dan mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.

Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Mei lepas itu, dijangka disertai lebih banyak lagi restoran di seluruh Pahang.

Menerusi program ini, pelanggan yang memesan minuman dan meminta dikurangkan gula dalam minumannya akan mendapat diskaun 10 sen dari restoran terbabit.

Bagus juga jika ianya dipraktikkan ke seluruh negara di setiap premis makan minum.

Monday 30 May 2011

GERAKAN ANTI-PONTENG SEKOLAH

Semua sekolah di Pahang diarah menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Petugas Antiponteng bagi menangani gejala ponteng di kalangan pelajar di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis itu akan bergerak secara bersepadu dalam usaha menangani gejala itu.

Katanya, operasi pencegahan ponteng bukan berkonsep menangkap tetapi memujuk pelajar untuk kembali ke sekolah meneruskan pelajaran.

JPN di negeri lain boleh melaksanakan tindakan sebeigni, tambah pula dibuat secara bersepadu di seluruh negeri. Semoga ianya berjaya mengurangkan kadar ponteng di kalangan murid sekolah dewasa ini.

PEMBERIAN BIASISWA JPA AKAN DISEMAK SEMULA

Keputusan kerajaan untuk menyemak semula kursus bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanya akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, satu jawatankuasa khas yang akan membincangkan isu tersebut akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, katanya, butiran semakan semula itu masih dalam perancangan dan perlu melibatkan perbincangan dengan pelbagai pihak.

Ini ekoran dakwaan terdapat salah guna kuasa menyebabkan lebih 300 pelajar yang mendapat keputusan A+ tercicir dari mendapatkan biasiswa berkenaan

Diharapkan pihak berkenaan berbuat sesuatu demi kepentingan pelajaran dan masa depan pelajar-pelajar cemerlang kita tidak terabai.

INSURAN UNTUK PEMBANTU RUMAH

Pos Malaysia hari ini memperkenalkan perkhidmatan Pos Maid Insurance yang memudahkan majikan membeli skim perlindungan insurans untuk pembantu rumah warga asing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar berkata, pelan tersebut terbahagi kepada empat pilihan meliputi tempoh perlindungan untuk 12 hingga 24 bulan.

Katanya, dengan premium serendah RM50 setahun, pelan insurans tersebut memberi manfaat kepada majikan serta pembantu rumah mereka.

Ianya akan dapat mengurangkan beban tanggungan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan membabitkan pembantu rumah sepanjang berkerja di negara ini.

Kadar Tarif Elektrik Dijangka Naik!


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui membuat kenyataan bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.Adakah ianya satu pembohongan yang jelas? Kami memang teruja juga hendak mendengar kenyataan Datuk Peter Chin berhubung kenaikan ini dan alasan kenaikan tarif eletrik tersebut.Harapan kami, biarlah kali ini kenyataannya masuk akal sikit.Bukan macam isu subsidi IPP tempohari, dimana kenyataannya memang tidak dapat kami terima dengan akal.

Subsidi IPP-Pembohongan BN Terhadap Rakyat?


Berita baik buat rakyat Malaysia, setelah ada ura-ura tentang kenaikan tarif elektrik seperti yang ditulis dalam artikel yang lalu, akhirnya Majlis Ekonomi Negara (NEC) meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.Walaupun begitu, butiran lanjut mengenai kenaikan tarif eletrik ini hanya akan diumumkan pada 30 hb Mei 2011 iaitu pada hari Isnin.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sunday 29 May 2011

USAHAWAN NON-MUSLIM 'BEREBUT' SIJIL HALAL

Industri halal di negara ini semakin memuncak apabila ramai usahawan bukan Islam turut ‘berebut-rebut’ mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, dorongan itu bukan setakat dipengaruhi oleh pengguna Islam yang ramai di negara ini, tetapi juga pasaran industri halal Malaysia sehingga mampu menjana ekonomi mencecah RM45 bilion setahun.

Selain itu, katanya, sijil halal yang dikeluarkan di Malaysia merupakan alat promosi terbaik kerana ia mendapat pengiktirafan paling tinggi di luar negara.

Baguslah, kerana ianya juga memberi kesan besar kepada pengguna produk halal di negara kita. Cuma, kerajaan perlu memastikan produknya betul-betul halal, jangan hanya halal dipelekat luarnya sahaja.
Fikir-fikirkanlah...

BIR HALAL. HALAL KAH?



Sejenis minuman ringan dari negara Timur Tengah yang dikatakan halal oleh sesetengah pihak telah dikenal pasti mengandungi alkohol lebih dari yang  dibenarkan, begitu menurut pihak JAKIM. Jadi, kita sebagai umat Islam perlu lebih berhati-hati dengan produk makanan dan minuman yang terdapat di pasaran masa kini. Elak lah dari mengambil makanan atau minuman yang kita tidak pasti akan status halalnya. Berhati-hati lah semasa memilih sebagai pembeli.

Saturday 28 May 2011

PANGKALAN UDARA TUDM SG BESI AKAN DITUTUP

Pangkalan TUDM yang baru akan dibina 12 km dari Seremban, bagi menggantikan pangkalan TUDM Sg Besi, yang telah dikenali umum sejak berpuluh tahun lamanya. Lokasi sebenar pangkalan udara yang baru masih belum dapat dipastikan. Semoga pembinaan pangkalan yang baru akan dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada angkatan TUDM yang dan pertahanan udara negara kita, malah juga kepada masyarakat setempat yang bakal menerima tempias pembinaan pangkalan TUDM baru itu nanti.

PARLIMEN BELIA DITUBUHKAN

Kerajaan bersetuju menubuhkan Parlimen Belia sempena Himpunan Belia Negara. Kumpulan belia seharusnya menggunakan platform ini sebagai saluran yang berfaedah untuk memberikan apa jua usul dan cadangan untuk kebaikan dan kemajuan golongan belia negara ini, tidak mengira bangsa dan agama.

PM kita juga turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:
* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.
* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.
* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.
* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.
* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.

Semoha belia terus berwawasan dan maju ke hadapan.

Thursday 26 May 2011

POLIS TIBA BAWAH 12 MINIT DITEMPAT KEJADIAN

Peronda polis akan tiba kurang 12 minit ditempat kejadian. Itulah yang dimahukan oleh Ketua Polis Negara kita. Mampukah pihak polis kita tiba disuatu tempat kejadian di dalam garis waktu itu? Mungkin juga, dengan penggunaan kereta peronda Proton Inspira 1.8 oleh pihak peronda nanti. Kita mengharapkan kecekapan pasukan polis peronda kita akan lebih mantap selepas penggunaan kereta jenama baru ini nanti, bagi mengekang kejadian-kejadian jenayah terutama di sekitar ibu negara kita. MESRA CEPAT DAN BETUL.

RON95 KEKAL

Pengguna RON95 rasa lega kerana Kementerian Perdagangan akan mengekalkan harga petrol RON95, buat masa ini. Jadi, buat masa ini harganya masih kekal. Kemungkinan besar harganya akan berubah juga selepas ini. Apa-apa pun, kita sebagai pengguna kereta terutamanya, tentulah tiada pilihan sekiranya RON95 nanti akhirnya dinaikkan juga harganya oleh kerajaan kita. Apa pendapat anda?

STRUKTUR TANAH LEMAH

Kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim Kebajikan Madrasah Al Taqwa di Hulu Langat Sabtu lepas adalah berpunca dari struktur tanah yang lemah, mengakibatkan 16 nyawa anak-anak yatim terkorban.
Soalnya sekarang, siapakah yang perlu bertanggungjawab? Bagaimanakah penempatan sedemikian dapat diluluskan pembinaannya?

Penebangan pokok secara berleluasa di sekitar cerun kediaman tersebut juga dikatakan menjadi punca aliran air yang menyebabkan pergerakan tanah terbabit. Tiada pihakkah yang memantau aktiviti penebangan itu sebelum ini?

Saturday 21 May 2011

MAKHLUK ASING DI TEMUI DI SIBERIA.....?

Mayat yang dipercayai adalah makhluk asing telah ditemui di dalam timbunan salji di Siberia. Adakah ianya benar-benar sekujur tubuh makhluk asing yang telah mati...? Kadang-kadang susah juga untuk percayakan?

Friday 20 May 2011

AKTA PERSAINGAN HARGA LINDUNGI KITA PENGGUNA

Kerajaan bakal melaksanakan Akta Persaingan, menjelang 1Jan 2012, bagi mengekang dan menyekat pakatan peniaga-peniaga yang ingin menaikkan harga barangan dan menyekat apa jua stok bekalan di pasaran. Semoga Akta ini benar-benar memberi manfaat kepada pengguna semua agar tidak tertindas dan teraniaya dalam menikmati harga pasaran. Suruhanjaya Persaingan Malaysia akan dibentuk bagi mengawal selia keberkesanan pelaksanaan akta ini kelak.

DUIT 1 SEN DI GUNA SEMULA?

Penggunaan syiling 1 sen kemungkinan akan digunakan semula...menurut kata TPM kita. Jika 1 sen kembali ke pasaran semula, adakah ianya akan menguntungkan pengguna? Atau adakah ianya akan menguntungkan peniaga juga?...Pihak mana yang lebih beruntung sebenarnya dengan penggunaan semula syiling 1 sen itu nanti???

Wednesday 18 May 2011

Tun Mahathir Di Masukkan Ke Hospital

Salam semua....
Mantan PM kita dimasukkan ke hospital hari ini...sama-samalah kita rakyat Malaysia doakan semoga beliau segera sembuh...

SEMAKAN HARGA RON 95

Bulan depan, kerajaan akan semak semula harga petrol RON 95...mereka akan buat semakan, adakah semakan untuk naikkan harga? Atau semakan untuk turunkan harga?

Tuesday 17 May 2011

2 GERGASI PANTAI TIMUR MELANGKAH KE AKHIR...

Terengganu vs Kelantan....
Penyokong kedua-dua negeri tentunya telah sedia maklum begitu juga peminat bolasepak tanahair...
Apa jua sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi dan saling hormat menghormati perlu ditunjukkan bukan sahaja oleh pemain , malah juga oleh para penyokong fanatik kedua-dua pasukan nanti....sama-sama kita nantikan debaran ini...

Saturday 30 April 2011

Salam Pertama Dari Saya..

Salam untuk semua...
Ini posting pertama saya...